Friday, June 28, 2013

Da'wah

Dakwah adalah suatu pekerjaan yang mudah pada zaman moden ini dan kita patut merebut peluang ini untuk mendapat ganjaran di sisi Allah. Siapa sahaja boleh berdakwah dengan semudah menghantar mesej kepada teman-teman
Allah swt memang Maha Pemurah sehingga Ia mengurniakan kepada kita satu amalan yang mudah dengan hasil yang luarbiasa ini.
Meskipun demikian, jangan lupa ada musuh yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan kita iaitu syaitan. Oleh kerana syaitan mengetahui bahawa pekerjaan ini sangat mudah tetapi hasilnya luarbiasa, maka balatenteranya bermati-matian berusaha untuk menghalang kita dari melakukannya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." - Al-Maidah: Ayat 35